facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Kelindan lori terbunuh


Berminat ?? klik pada iklan ini
KELINDAN lori maut manakala pemandunya cedera selepas kenderaan dinaiki melanggar treler dalam kejadian di Kilometer 128.01, Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Muar kira-kira 10.30 pagi hari ini.
Menurut jurucakap jabatan bomba dan penyelamat Johor, mangsa maut akibat tersepit dan identiti tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.
"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.34 pagi sebelum sebuah jentera diketuai Pegawai Operasi PBK II Ishak Kassim bersama sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Muar bergegas ke tempat kejadian.
"Terdapat kejadian lori tiga tan melanggar sebuah treler hingga menyebabkan seorang maut dan terpaksa dikeluarkan dari tempat duduknya menggunakan peralatan bomba.
"Pemandu treler iaitu Mohd Kamarul Shairi Sulaiman, 37, tidak mengalami kecederaan dan pemandu lori berkenaan dikenali sebagai Abd Rahim Jakpar, 35, hanya cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya 11.39 pagi dan mayat diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : MyMetro
'; })();
Powered by Blogger.