Hiburan
(30GAMBAR) Jurugambar mencabar dirinya untuk melakukan penggambaran di lokasi yang ‘tidak cantik’, tetapi hasilnya membuktikan bahawa apa yang penting adalah kemahiran!
Jurugambar biasanya mempunyai idea yang berlainan antara satu sama lain kerana mereka melihat sesuatu daripada perspektif yang berbeza. Sudah pasti jurugambar yang mahir dan amatur mempunyai perbezaan yang tersendiri.
Contohnya jurugambar mahir dilihat boleh menghasilkan gambar yang menakjubkan walaupun hanya dibekalkan dengan sumber yang sangat minimum. Untuk mencabar dirinya, Jenna Martin hanya menggunakan kamera dan modelnya untuk melakukan penggambaran di tempat-tempat yang ‘tidak cantik’ seperti di Lowe’s, sebuah kedai menjual peralatan rumah. Dia mengatakan bahawa dia mahu keluar daripada tempat-tempat standard untuk melakukan sesi fotografi.
Sebelum dia mula melakukan sesi penggambaran, Martin menetapkan beberapa peraturan:
1) Jurugambar hanya membawa kameranya, tanpa sebarang pencahayaan tiruan atau alat tambahan;
2) Mereka tidak boleh menyusun semula barangan yang ada di situ atau membuat sebarang perubahan besar;
3) Mereka tidak boleh mengambil gambar jika ada orang lain di belakang.
“Sebaik sahaja kami berjalan di dalam seorang pekerja bertanya sama ada mereka boleh membantu kami dan saya bertanya, “Kami hanya mahu mengambil beberapa gambar, adakah itu dibolehkan?” Dia menjawab, “Sudah tentu!” Martin dan modelnya hanya ada kira-kira sejam sebelum kedai ditutup, jadi mereka memulakan penggambaran mereka di beberapa lokasi yang dipilih.
Bagi Martin penggambaran tersebut adalah sebuah cabaran yang sangat menyeronokkan. Dia sangat gembira dengan hasil penggambaran tersebut.
Siapa sangka walaupun tempat yang dipilihnya bukanlah kawasan indah yang dipenuhi bunga atau penuh dengan cahaya lampu yang berwarna-warni, namun hasilnya tetap memuaskan hati. Jelas sekali apa yang penting dalam penggambaran ialah kemahiran dan teknik!
“Daripada mencari lokasi yang cantik di sekeliling tempat tinggal, saya mempunyai idea untuk melakukan sebaliknya”
“Lowe’s kelihatan seperti pilihan yang sempurna” Lokasi 1: Sampel Cat
Sebelum suntingan
Selepas disunting
Lokasi 2: Bahagian pencahayaan
Sebelum suntingan
Berminat ?? klik pada iklan ini
Selepas disunting
Lokasi ke-3: Lorong di dalam gedung
Sebelum suntingan
Selepas disunting
Lokasi : Lorong gedung ke-2
Lokasi 4: Bahagian taman
Sebelum suntingan
Selepas disunting
Lokasi 5: Bahagian bantal
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Sumber :Era Baru