Global
(5GAMBAR + VIDEO) Rakaman siaran langsung bangunan yang sedang runtuh terganggu apabila bas ini muncul pada waktu yang salah!
Berminat ?? klik pada iklan ini
Tunafoto atau ‘photobomb’ secara rasminya membawa maksud foto yang terganggu atau rosak disebabkan oleh sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku semasa mengambil foto.
Bagaimana pula dengan rakaman video yang sedang disiarkan secara langsung? Gangguan seperti ini pastinya akan menjadi salah satu video paling epik dan melucukan yang pernah anda lihat!
Sewaktu bangunan Georgia Dome sedang bersiap sedia untuk diletupkan, saluran televisyen Weather merasakan siaran tersebut pasti dapat menarik perhatian penonton.
Dengan kamera yang sudah tersedia dan hanya menunggu detik yang dinantikan, penonton disajikan dengan bunyi letupan menandakan bangunan berkenaan sudah diletupkan.
Sebaik sahaja wujud kepulan-kepulan kecil asap yang berterbangan di udara, sebuah bas telah berhenti di kawasan berkenaan sekali gus menghalang penonton daripada melihat seluruh peristiwa tersebut.
Benar-benar kejadian yang tidak disangka-sangka!
Bayangkan bagaimana perasaan penonton yang sedang menunggu di kaca televisyen dan disajikan dengan peristiwa yang tidak menjadi. Memalukan tetapi tetap lucu pada masa yang sama.
Nampaknya, siaran eksklusif secara langsung ini tidak lebih daripada satu kegagalan yang epik. Perkara yang paling melucukan adalah sebaik sahaja bangunan tersebut runtuh sepenuhnya, bas berkenaan terus bergerak dan berlalu pergi dari kawasan kejadian.
Benar-benar kelihatan seperti sengaja mahu mensabotaj siaran nampaknya ya?
Lihat video menghiburkan di bawah dan ketawalah sepuasnya!
Sumber: Viral Nova
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Sumber : Era Baru