Global
(7GAMBAR) Dua saintis sedang cuba mencipta manusia Frankenstein dengan ‘memasang’ kepala pada badan mayat lain
Pengumuman mengenai ujikaji pemindahan kepala manusia telah menyebabkan para saintis dari seantero dunia cemas dengan ‘kelahiran’ raksasa manusia seperti di dalam filem Frankenstein.
Pengumuman mengejut berkenaan telah dilakukan oleh seorang penyelidik dari Itali yang bernama Sergio Canavero. Menurutnya, dia telah berjaya melakukan pemindahan kepala pada 11 November lalu yang melibatkan dua mayat.
Pemindahan kepala boleh diterjemahkan sebagai pemindahan organ. Tujuannya adalah, apabila tahap kesihatan seseorang merosot, mereka boleh mendapatkan bahagian anggota yang lebih sihat dan muda.
Berikutan itu, banyak pihak yang mula mengajukan soalan seperti: Dari mana sumber mayat diambil yang digunakan dalam kajian ini? Dan mengapa ‘pemindahan kepala’ hanya berlaku di China di mana kesemua mayat banduan yang terlibat dalam kajian berkenaan digunakan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Sergio yang turut menganggap dan menyamakan dirinya seperti Victor Frankensteinberkata kejayaan eksperimen berkenaan akan dijadikan sebagai pencetus untuk ke tahap seterusnya iaitu pemindahan di antara subjek yang mengalami mati otak.
Dalam erti kata lain, Sergio sudah menyimpan niat untuk menjalankan eksperimen berkenaan ke atas manusia yang masih hidup pada masa hadapan!
Berminat ?? klik pada iklan ini
Pada awalnya, cadangan kajian ini telah ditolak untuk dijalankan di Amerika Syarikat dan Eropah. Namun akhirnya ia berjaya diteruskan di China setelah Sergio menemui Xiaoping Ren yang turut berminat untuk menjalankan eksperimen tersebut.
“Orang Amerika tidak faham,” kata Sergio dalam satu majlis persidangan media pada 11 November lalu.
Kredit: Getty Images/Jeff J Mitchell
Profesor Karen Rommelfanger yang merupakan editor kanan bagi Jurnal Bioethics Neuroscience Amerika adalah salah seorang pakar yang sangat meragui tindakan Sergio mengenai eksperimen tersebut.
“Tiada siapa yang berbicara tentang dari mana datangnya mayat-mayat itu dan siapa yang membenarkan semua ini berlaku”.
Tambah Karen lagi, “Saya ingin tahu apa yang responden telah diberitahu dan apa yang dijanjikan kepada mereka. Berapa kosnya dan apa manfaat kajian ini kepada responden? Saya mahu tahu maklumat apa yang akan dikumpulkan sepanjang eksperimen ini dijalankan”.
Dalam edisi terbaru jurnal tersebut, isu pemindahan kepala antara dua mayat ini telah dijadikan sebagai isu utama yang perlu dikupas. Kebimbangan Profesor Karen terhadap eksperimen aneh ini telah dibentangkan di dalam jurnal berkenaan yang ditulis bersama Paul Boshears, seorang pensyarah dalam bidang falsafah di Universiti Negeri Kennesaw.
Seorang lagi pakar iaitu Dean Burnett, pakar saintis neuro dan pensyarah psikiatri di Universiti Cardiff berasa amat ragu-ragu dengan eksperimen Sergio.
“Berdasarkan kepada pemahaman perubatan semasa, untuk memasang kepala seseorang pada badan individu lain adalah sesuatu yang tidak munasabah.”
Sergio turut mengumumkan bahawa dia telah melaksanakan prosedur berkenaan sebanyak dua kali dengan jayanya yang melibatkan empat mayat.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan mayat banduan tanpa kebenaran bagi tujuan pemindahan adalah satu perkara yang bukan rahsia. Malah, isu ini telah didokumentasikan dan diakui sendiri oleh negara China secara terbuka.
Pada tahun 2006, satu siasatan mendapati industri pemerdagangan organ banduan yang dibunuh berkembang dengan pesat. Banduan-banduan ini dibunuh supaya organ mereka boleh dijual sekali gus memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda.
Kredit: Sohu.com
Dalam laporan oleh Bloody Harvest/The Slaughter: An Update yang diterbitkan pada Jun 2016, sasaran utama bagi pemerdagangan organ adalah individu-individu yang mengamalkan amalan disiplin kerohanian dikenali sebagai Falun Gong.
Di samping itu, masyarakat Uyghur, Tibet dan Kristian turut akan dibunuh supaya organ-organ mereka akan digunakan untuk tujuan pemindahan dan kadangkala dijual kepada orang asing.
Hasil siasatan turut menganggarkan terdapat lebih daripada 1.5 juta pemindahan organ telah berlaku di China semenjak tahun 2000. Kesemua kes ini dijalankan tanpa mengetahui sumber sah organ tersebut.
Laporan tersebut turut menyebut jumlah kos pemindahan bagi beberapa jenis organ. Sebagai contoh, kos bagi pemindahan buah pinggang berjumlah RM246,810, RM411,350 untuk pemindahan hati dan RM617,025 bagi pemindahan paru-paru dan jantung.
Berita mengenai pemindahan kepala ini sudah mula dihebahkan oleh Sergio pada tahun 2015. Lantaran itu, Sergio menerima ramai responden yang masih hidup untuk menyertai eksperimen berkenaan. Walau bagaimanapun, kesemua responden akhirnya menarik diri.
“Semua orang berkata ianya mustahil tetapi pemindahan ini berjaya. Pemindahan seluruh kepala antara dua individu yang mengalami mati otak akan dilakukan selepas ini,” jelas Sergio dalam satu majlis persidangan di Vienna yang dimuatnaik ke YouTube.
Bagaimana pandangan anda mengenai isu ini? Menakutkan bukan? Para pengkaji yang arif percaya eksperimen ini akan tetap diteruskan oleh Sergio. Malah, mereka juga yakin Sergio akan mengalami banyak kegagalan dalam eksprimen tersebut.
Jika anda rasa topik ini penting, sila sebarkannya.
Sumber: NTD Inspired, Era Baru